What Can I Say MORE???

What Can I Say MORE???

Friday 25 February 2011

.:: KaTa-KaTa PeRanSanG ::.

  • §  Cinta tidak berbalas sama seperti soalan tanpa jawapan.
  • §  Lelaki yang tidak berharta biasanya memiliki lidah bermadu.
  • §  Lelaki pendiam ibarat air tenang dalam dan bahaya.
  • §  Orang yang bijak mempelajari banyak perkara daripada musuhnya sendiri.
  • §  Terdapat banyak kemungkinan untuk gagal kerana kejayaan hanya boleh dicapai dengan satu perkara iaitu USAHA.
  • §  Ketika ditimpa bencana, kita akan mengenali yang mana satu lawan dan yang mana satu kawan.
  • §  Membaca menjadikan diri anda sebagai seorang lelaki, menghadiri persidangan sebagai persediaan menjadi lelaki yang sebenar dan menulis menjadikan anda lelaki sejati.
  • §  Karektor seseorang lebih mudah disembunyikan daripada dikesani oleh orang lain.
  • §  Pemimpin yang baik akan memikul kesalahan dan tidak mengejar nama.
  • §  Lelaki berani mungkin akan kalah tetapi tidak akan mengalah.
  • §  Rumah tanpa buku umpama bilik tanpa tingkap.
  • §  Jika anda hanya berbuat baik kepada diri sendiri maka anda sebenarnya tidak pernah membuat kebaikan.
  • §  Pengalaman ialah gelaran yang diberikan oleh setiap orang terhadap kesilapan mereka.
  • §  Kebocoran yang kecil masih boleh menenggelamkan sebuah kapal yang besar.
  • §  Tiada hadiah yang lebih berharga daripada nasihat yang baik.
  • §  Anak lelaki tetap menjadi anak lelaki sehinggalah beliau beristeri. Anak perempuan kekal menjadi anak perempuan seumur hidupnya.
  • §  Jika anda takut pada sesuatu, lihatlah dan hadapilah.
  • §  Imaginasi menguasai dunia.
  • §  Kebodohan ialah kesilapan bagi seseorang yang mempunyai peluang untuk menjadi pandai.
  • §  Gunakan akal anda seolah-olah nyawa anda bergantung kepadanya.
  • §  Anda tidak akan berjaya menjadi penulis sekiranya anda tidak menjadi pembaca terlebih dahulu.
  • §  Rahsia hati seseorang ialah sedalam sebuah lautan yang luas.
  • §  Nyanyian ibu untuk menidurkan anaknya ketika kecil adalah suara yang paling merdu di dunia.
  • §  Orang miskin memakan makanan yang lebih enak daripada orang kaya kerana makanan mereka adalah berkat kepada kemiskinan mereka.
  • §  Anda tidak akan berasa penat sekiranya melakukan perkara yang anda suka.
  • §  Lebih baik seseorang wanita mengahwini lelaki yang mencintainya daripada beliau mencintai lelaki tersebut.
  • §  Jika anda berhasrat untuk berjaya, jangan hanya memandang ke tangga tetapi belajarlah untuk menaiki tangga tersebut.
  • §  Di mana anda berdiri, di situlah perlumbaan kehidupan anda dan lupakan masa silam.
  • §  Berhati-hatilah dengan kemarahan seorang yang sedang bersabar.
  • §  Tanpa permulaan, anda tidak akan sampai ke mana-mana.
  • §  Adalah lebih baik untuk mengetahui kelemahan dan kegagalan sendiri daripada menuding kesalahan kepada pihak lain.
  • §  Setiap malam sebelum tidur,anda perlu menetapkan satu matlamat di dalam minda dan menguatkannya dari hari ke hari.
  • §  Jagalah apa yang anda suka atau anda terpaksa menyukai apa yang anda dapat.
  • §  Lelaki yang bijak dapat membaca buku dan kehidupan sekaligus.
  • §  Kesabaran akan lebih menguntungkan daripada kekuatan yang dimiliki.
  • §  Jika anda hilang segala-galanya, jangan lupa, kerana anda masih mempunyai masa depan.
  • §  Sesiapa yang tidak pernah merasai kepahitan tidak akan mengenal kemanisan.
  • §  Masyarakat abad dahulu menggunakan tenaga manusia untuk membina sebuah monumen yang indah sekali. Masyarakat abad kini menggunakan jentera hanya untuk membina sebuah kedai.
  • §  Tidak pernah wujud orang malas. Orang yang dianggap malas ialah orang yang tidak dapat mencari pekerjaan yang sesuai dengan minatnya.
  • §  Jika poket anda penuh, anda tidak akan kekurangan sahabat.
  • §  Semua perkara adalah sukar sebelum ia menjadi mudah.
  • §  Mimpi itu adalah perlu dalam hidup.
  • §  Seorang lelaki boleh dikalahkan tetapi tidak boleh
  • dimusnahkan.
  • §  Kemenangan terhadap diri sendiri adalah lebih baik daripada kemenangan terhadap orang lain.
  • §  Orang pengecut ialah orang yang melihat sesuatu yang benar tetapi tidak melakukannya.
  • §  Kemenangan hanya untuk orang yang berhak mendapatkannya.
  • §  Lebih mudah untuk memenuhi impian kita yang pertama daripada cuba untuk mengejar impian-impian lain selepasnya.
  • §  Tidak ketawa walaupun sehari amat merugikan.
  • §  Anda tidak boleh mengubah masa lepas anda. Tetapi anda boleh memusnahkan diri anda kini sekiranya terlalu memikirkan masa depan anda.
  • §  Tidak penting sama ada berapa lama kita hidup. Yang penting bagaimana keadaan kita semasa hidup.
  • §  Berdoa dan meminta bukannya perkara yang sama.
  • §  Berterima kasihlah kepada pokok yang memberi anda perlindungan dengan tidak memusnahkannya.
  • §  Sembahyang adalah prinsip utama dalam hidup. Memberi alasan tidak cukup masa untuk melakukannya adalah hinaan kepada Allah.
  • §  Jangan tinggalkan hingga esok apa yang boleh disiapkan hari ini.
  • §  Seorang manusia yang hebat tidak akan merungut terhadap peluang.
  • §  Tiada hiburan yang lebih murah daripada membaca.
  • §  Apabila semua benda kelihatan semakin hilang, ingatlah bahawa masa depan masih ada.
  • §  Rasuah akan sentiasa wujud selagi masih ada perasaan tamak pada diri manusia.
  • §  Jangan sangka diri kita adalah yang terbaik kerana kita belum kecapi kejayaan yang orang lain capai.
  • §  Tidak semestinya orang yang berjaya terus berjaya dan orang yang gagal terus gagal.
  • §  Orang yang serba kekurangan kurang mengetahui kelemahan dirinya sebaliknya sentiasa menyalahkan orang lain atas apa yang berlaku.
  • §  Dalam dunia ini lebih ramai yang berlidah buaya daripada yang berlidah manusia.
  • §  Dunia bukanlah tempat menunjukkan kekuatan tetapi untuk kita rasai nikmatnya.
  • §  Orang yang sentiasa berusaha ialah seorang yang takutkan kegagalan.
  • §  Seseorang yang cepat mendaki ke puncak akan cepat pula jatuh ke bumi.
  • §  Kepakaran seseorang tidak akan ke mana selagi dia tidak membuktikannya melalui perlaksanaan.
  • §  Sewaktu senang kita lebih menghargai kekayaan tetapi sewaktu susah kita akan lebih menghargai kesihatan.
  • §  Berusahalah dahulu sebelum mengaku kalah dan ingatlah bahawa tiada kesenangan dicapai tanpa ranjau.
  • §  Penipu yang mahir sekalipun tidak akan menyedari sekiranya dirinya ditipu.
  • §  Kegagalan adalah permulaan kepada kejayaan.
  • §  Harta boleh menjadikan seseorang yang tamak sebagai hambanya.
  • §  Kecantikan dan kebaikan tidak wujud bersama.
  • §  Peperangan hanya boleh menjanjikan kemenangan selepas kemusnahan dan kematian.
  • §  Setiap manusia hanya mempunyai dua matlamat iaitu cita-cita dan kejayaan.
  • §  Harta menjamin dunia. Iman menjaminkan akhirat.
  • §  Penghalang kepada kejayaan adalah fikiran sendiri, bukannya kecacatan atau kekurangan.
  • §  Seorang anak tidak akan mengetahui kasih sayang ibu bapanya terhadapnya sehinggalah dia mempunyai anak sendiri.
  • §  Kawan yang sebenar ialah seorang yang dapat menerima diri anda yang sebenar.
  • §  Masa adalah sekolah di mana kita belajar. Masa adalah api di dalamnya kita terbakar.
  • §  Manusia mesti menamatkan peperangan, jika tidak peperangan akan menamatkan manusia.
  • §  Arus masa depan telah tiba dan tiada cara melawannya.
  • §  Kisah cinta yang sebenarnya tiada akhirnya.
  • §  Bukti terbaik cinta ialah kepercayaan.
  • §  Kita lebih banyak berusaha untuk menegakkan benang basah daripada berusaha memperbaiki kelemahan diri.
  • §  Jika kita melakukan sesuatu dengan keikhlasan, nescaya ganjaran yang kita terima juga setanding dengan apa yang kita usahakan.
  • §  Semangat yang kuat mampu mengatasi apa sahaja cabaran yang datang.
  • §  Selagi kita mencuba dan berusaha, selagi itulah kita akan beroleh apa yang kita hajati.
  • §  Dendam adalah manis. Balasannya adalah pahit.
  • §  Fikiran membawa kepada pekerjaan. Pekerjaan membawa kepada kejayaan. Kejayaan membawa kepada impian.

No comments:

Post a Comment